MACAM MANE NAK ORDER MAKAN KAT SUBWAY... Kampung Style


assalamualaikum

hi lama tak menulis
ahad lepas adalaa jalan2 bawak anak
tgk wayang cite ejen ali
nice movie
anak aku siap nak nangis,
bila part mak ejen ali nak hilang
ish.. spoil plak
korang tgk la sendiri

lepas tgk wayang nak pergi makan
tgk2 kfc dan mcd penuh..
beratur panjang
takpelah balik jelah

otw balik tue ternampak subway
boleh laa singgah



so mula2 nak order, staff tue akan tanya 
nak order apa?


Aku cakap nak yang nie, promosi punya
sbb murah baru RM 10 hingget


dan lepas tue staff tanya lagi
NAK ROTI APA?
mak aiii.. ada 5 jenis roti plak tue
ada roti wheat
roti honey oat
roti italian 
parmesen oregano
roti hearty italian

sbb aku nak order 2 je
aku order roti parmesen oregano
dan lagi satu roti hearty italian
rasa mcm kat oversea pulak

selepas pilih roti, 
staff subway akan tanya nak CHEESE ke tak?
aku angguk je kan kepala

roti dan cheese pun akan dibakar dalam oven
sambil2 tue staff subway layan lagi untuk next level
NAK MEAL APA?
peh.. ada mcm2 jenis plak tue
ada seafood
ada meat ball
ada chicken teriyaki (nipis2 mcm cheese)
ada tuna
ada bbq chicken
dan rasanya bnyk lagi menu
aku pilih seafood
dan bbq chicken


next step pilih sayur pulak
ada bawang
ada salad
ada timun
ada tomato
ada lada benggala

dan boleh tambah lagi
zaitun
cili jeruk
timun jeruk (mcm kat burger mcd big mac)
aku cakap bubuh semua.. senang
nanti tak sedap letak tepi

ok next pulak pilih sos
ada bbq sos
ada cili sos
ada thousand island
ada sos tomato 
ada mayonis 
ada honey mustard
ada sweet onion
ada olive oil blend
ada juga ranch
yang nie aku pilih yang biasa aku makan je
sos2 biasa ada kat burger yang dibeli tepi jalan tue

next step lagi
pilih air apa yang aku suka
air soft drink
aku pilih air ais lemon tea je
tekan sendiri airnya tue


ok dah selesai memilih, baru bayar
aku pilih makan kat situ
sedap laa juga 
tapi mcm kurang orang
mane taknya.. payah benor cara ordernya

ok itu sahaja coretan hari ini
assalamualaikum, sekian



No comments:

Post a Comment